Kebelakangan ini nampak benar gejala keruntuhan moral semakin menjadi-jadi. Bermula dengan vendalisme, rempit dan sekarang paling hanyir adalah gejala buang anak, buang ibu dan buang bapa. Apakah ini menunjukan bahawa kita semua semakin maju atau semakin mundur?
Dah ramai bersuara tentang masalah buang anak ni... walaupun kes buang anak sudah berlaku ratusan tahun dahulu cuma dahulu mungkin lebih berhemah sedikit berbanding hari ini. Dahulu anak diberikan kepada orang, ditinggalkan di depan pintu rumah atau dihanyutkan ke sungai dengan berbekalkan susu atau apa-apa sahaja yang boleh memberi peluang hidup pada nyawa tidak berdosa, tetapi hari ini bayi di "buang" merata tempat, dalam tandas, tempat buang sampah dan sebagainya ... manusiakah ini atau haiwan.
Kes-kes seperti ini ada kaitannya juga dengan pendidikan kokurikulum di sekolah. Satu kaedah yang dapat meningkatkan disiplin pelajar dan menghormati jantina lain adalah melalui penekatan tanggung jawab dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Sebab itu guru-guru yang baru mula mengajar dan yang sudah lama mengajar di sekolah perlu memahami konsep dan kehendak aktiviti kokurikulum. Pergaulan bebas seolah-olah wujud dalam melaksanakan kokurikulum di sekolah. Ianya mungkin benar tetapi sebagai seorang guru yang sedang mengendalikan apa sahaja kegiatan kokurikulum di dalam atau di luar kawasan sekolah seharusnya memahami dan menyedari keperluan menghormati jantina sesaorang berdasarkan keperluan positif. Guru perlu bertindak bijak dalam menangani pergaulan pelajarnya.
Program-program yang bersesuaian dan kawalan yang ketat patut diadakan dalam mendidik pelajar atau peserta sebelum, semasa dan selepas sesuatu program dijalankan. Guru-guru yang hendak melaksanakan aktiviti perlu memahami SOP terlebih dahulu dan membuat perancangan rapi.
Setiap teguran dan tindakan perlu ada resionalnya dan perlu dimaklumkan kepada peserta akan tujuan dan keperluan mengapa innya dilaksanakan. Pembelajaran reproduktif yang disarankan perlu difahami maksudnya dan ianya perlu lebih mencerminkan kesan negatif hasil dari perlakuan-perlakuan songsang. Mesej yang hendak disampaikan perlu menyeluruh, bagi guru-guru yang sedang dan akan memulakan perkhidmatan, adalah menjadi tanggungjawab semua dalam menangami gejala ini.
Guru-guru kokurikulum perlu mencarilah peluang meningkatkan profesionalisma kejurulatihan dalam kokurikulum. Latihan banyak dianjurkan oleh KPM atau JPN. Janganlah jadikan kursus dan latihan sebagai tempat untuk berehat dari tanggungjawab mengajar di sekolah. Bagi guru-guru yang terlibat dengan MLM fikir-fikirlah dengan pendapatan dari upah bulanan yang diperolehi dari segi hukum hasil kerja yang selalu ditinggalkan. Mungkin ini juga kesan dari pengabaian tugas.