Selasa, 3 Ogos 2010

PJ vs GERKO

PJ singkatan untuk Pendidikan Jasmani yang menekankan pendidikan berasaskan jasmani. Maksudnya pendidikan yang di ajar adalah berasaskan keperluan membentuk jasmani yang sihat. Ianya bukan membentuk kemahiran aras tinggi terhadap sesuatu sukan tetapi lebih berperanan pengetahuan yang boleh digunakan oleh pelajar awau orang awan ( termasuk keluarga ) dalam melaksanakan aktiviti bersukan bagi meningkatkan kecergasan dan mengekalkan kecergasan. GERKO pula merupakan akronim bagi Gerak Kerja Kokurikulum. Bermaksud aktiviti yang berasaskan kurikulum sebagai pengukuhan kepada apa yang telah dipelajari di dalam waktu pengajaran formal. GERKO melibatkan komponen-konponen sukan, permainan, persatuan, unit beruniform dan kelab. GERKO lebih dikenali sebagai kokurikulum bagi meningkatkan keupayaan dan minat mendalam untuk pelajar sekolah menyertainya. Yang jelasnya sekarang GERKO dan Pendidikan Jasmani dua perkara berlainan tetapi saling menyokong antara satu sama ialin. Contohnya. Dalam Pendidikan Jasmani murid belajar tentang permainan badminton tetapi untuk memperolehi kemahiran lebih baik dan mengukuhkan kemahiran murid perlu menyertai mana-mana kelab badminton yang dianjurkan oleh sekolah.
Jelasnya di sini PJ dan GERKO saling berkaitan antara satu sama lain.