Menjenguk sebentar di Institu Pendidikan Guru dan Sekolah-sekolah pada setiap hari rabu. Hari Rabu merupakan hari yang dijadualkan sebagai hari kokurikulum ..... betulkah??? Tidak ianya bukan suatu kemestian sebaliknya untuk memudahkan urusan mendisiplinkan ahli. Hari Rabu juga dianggap sebagai hari pelajar memakai uniform bagi setiap unit beruniform. Adakah ianya wajib dan bagaimana statusnya kepada guru-guru? Ada banyak rungutan dan pertanyaan wajibkah murid beruniform? Perlukah guru-guru juga beruniform? dan ada sesetengah sekolah mewajibkan ada sebahagiannya tidak. Begitu juga ada guru besar atau pengetua mewajibkan guru-gurunya memakai uniform lengkap dan ada yang sebaliknya.
Sebenarnya tidak ada satu arahan tetap mengatakan guru-guru atau pelajar wajib menggunakan uniform semasa hari kokurikulum beruniform, sebaliknya yang ada hanyalah surat makluman menyatakan pilihan kepada sekolah untuk melaksanakan aktiviti beruniform. Guru-gurunya digalakkan beruniform dengan lengkap sebagai mempromosikan unit tersebut. Perlu diingat tiada paksaan kepada murid/pelajar membeli uniform sebaliknya yang ada adalah galakan bagi menarik minat pelajar. Dah nama pun uniform, maksudnya keseragaman ertinya semua perbuatan, perlakuan, disiplin dan lain-lain perlulah uniform (seragam) dan mempunyai persamaan arahan.
Jadi semua guru penasihat unit beruniform perlulah faham tugas dan tanggungjawab tentang pemakaian uniform dalam badan beruniform di sekolah/ipg.