Isnin, 14 Jun 2010

Pelancaran Logo 2nd Asean Schools Games



Putrajaya 14 Jun - bertempat di Bangunan Kementerian Pelajaran Malaysia, telah berlangsung satu Majlis Pelancaran Logo dan Mascot 2nd Asean Schools Games yang telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Temasya sukan yang dijangka akan bermula pada 11 hingga 22 Julai 2010 melibatkan beberapa jenis permainan dan dilangsungkan di sekitar Lembah Kelang.
Ini merupakan satu daripada banyak perkara yang kurang diambil perhatian oleh guru-guru kokurikulum di sekolah. Banyak perkara boleh dijadikan panduan dalam pengurusan melaksanakan sesuatu majlis. Program terbesarnya adalah Sukan itu sendiri tetapi dalam sukan itu ada banyak perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru-guru kokurikulum. Bermula dengan menerima tugas penganjuran, menulis kertas cadangan, menetapkan konsep, mesyuarat pemgurusan, pelancaran, perasmian sehinggalah kepenutupan dan mesyuarat postmotem. Semuanya perlu diambil kira dan setiap ahli jawatankuasa berperanan menjayakan sesuatu majlis.
Ilmu pengurusan kokurikulum jarang diambil berat oleh guru-guru ketika di maktab perguruan dan universiti. Kelemahan ini hingga terbawa ke sekolah. Ini akan menimbulkan masalah apa bila guru-guru dilantik menjadi jawatan kuasa induk yang memainkan peranan menguruskan dasar. Lebih parah bila guru-guru dilantik menjadi jawatankuasa pelaksana. Akhirnya yang akan bekerja adalah guru-guru senior yang hampir pencin yang sepatutnya menjadi penasihat kepada yang baru.
Aspek kedua, sukan juga memerlukan penyertaan. Bagi kalangan peserta dan jurulatih sering mengutarakan penyertaan merupakan pendedahan atau menimba pengalaman. Rasanya ini bukan masa untuk kenyataan menimba pengalaman atau pendedahan. Dalam sukan sepatutnya istilah itu tidak wujud. Dalan sukan ianya ibarat peperangan menggunakan istilah berjuang untuk menang atau berjuang untuk memenangkan orang lain. Seharusnyalaj para jurulatih dan peserta sudah bersedia 200% menghadapi peperangan ini dengan semua skil/kemahiran yang ada.