Sabtu, 12 Jun 2010

Mengajar anak berjalan betul


Petang tadi berlaku satu perjumpaan khas dalan satu perkhemahan untuk aktiviti kokurikulum. Perjumpaan ini sangat-sangat perlu dan dihostkan oleh seorang ketua jurulatih yang sangat berkelayakan kerana yang akan memberi latihan adalah Kem Komandan bergelar Dr PhD bertauliah. Semua peserta diwajibkan hadir dan yang tidak hadir adalah yang sememangnya sedang bertugas di luar atau meronda keselamatan. Mukadimah dari Dr.PhD Kem Komandan berkisar tentang pengalaman beliau "jauh perjalanan luas pandangan". Intipati latihan yang diberi adalah bagaimana hendak meningkatkan kualiti diri atau kualiti kerja. Sangat bagus latihan yang diberi, sangat peka Kem Komandan ini terhadap persekitarannya. Sangat hebatnya beliau sehingga beliau boleh membaca gerak tubuh peserta kursus. Hinggakan beliau boleh mengesan seorang peserta yang pada tanggapan beliau mempunyai minda yang meneroka jauh dan tidak memberi perhatian terhadap latihan yang diberi. Peserta berkenaan agak terkejut kerana sepanjang latihan yang disampaikan oleh Kem Komandan itu dia sangat memberi perhatian dan dicatat buah butir percakapannya. Malahan Kem Komandan itu juga sangat dihormati oleh peserta ini. Namun insiden ditegur keranan pada tanggapan Kem Komandan tadi membuatkan peserta ini berfikir bahawa Kem Komandan itu orang yang tidak berilmu membaca tubuh manusia dan respeknya merudum 50% terhadap Kem Konandan tersebut.
Kenapa hal ini berlaku? Dalam kokurikulum istilah perkongsian ilmu sering digunakan dan jurulatih memberikan kebebasan untuk pelatihnya meneroka jauh mencari ilmu dan penyelesaian. Kegagalan Kem Komandan tadi membaca bahasa tubuh menyebabkan beliau hilang 50% respek pesertanya. Sebagai Ketua/Jurulatih jangan bersikap sombong atau ego, sebaliknya selalu menilai diri sendiri mencari kekurangan diri sendiri. Mengapa peserta tadi tidak memandang beliau ketika bercakap/memberi taklimat? Ada banyak kemungkinan. Jangan menilai orang diluarnya sahaja. Amat malang Kem Komandan itu tadi, memang sangat malang kerana dia telah membunuh bakat seorang pemimpin.
Cabaran-cabaran yang dilontarkan bukan memberi motivasi sebaliknya menidakkan keupayaan peserta melaksanakan ujian dan tugasan yang diberi.
Sebab itu dalam konteks kokurikulum jurulatih mempunyai etika bukan egoistik.
Kesimpulannya sebagai seorang jurulatih atau Kem Komandan sesaorang itu perlu mempunyai sifat kepimpinan dan mampu menunjukkan tauladan yang baik bukan menunjukan ego pencapaian diri.