Khamis, 3 Jun 2010

Bola, bola, bola dan semangat petriotik


Salah satu kegiatan kokurikulum yang sering digerakkan di sekolah adalah kelab permainan bola sepak. Mungkin berlaku salah faham antara guru-guru tentang Kegiatan Kokurikulum Bola Sepak dan Kelab Bola Sepak. Sebenarnya ramai diantara kita tidak begitu arif tentang komponen kokurikulum yang ada di sekolah. Aktiviti yang disertai oleh sekolah dalam MSSM dianggap bukan aktiviti kokurikulum tetapi sebahagian dari kokurikulum kerana ianya melibatkan murid-murid atau pelajar yang mempunyai skil yang tinggi dalam sesuatu permainan, sementara Kelab Bola Sepak berperanan memberi peluang yang sama rata kepada semua murid / pelajar di sekolah berkenaan tanpa mengira keupayaan atau kemahiran ahlinya.
Perlu diingat tujuan dan matlamat kokurikulum adalah untuk memberi peluang kepada semua murid/pelajar mengembangkan bakat dan potensi diri. Penglibatan dalam Sukan Bola Sepak bagi mewakili sekolah bukan 100% takrifan untuk kokurikulum kerana hanya sebahagian kecil murid/pelajar yang terlibat.
Yang hendak diperkatakan di sini bukan penglibatan tetapi semangat yang ditunjukan oleh peserta dalam permainan tersebut dan bagaimana semangat itu boleh dibawa hingga ke dewasa. Penulis tertarik dengan iklan bola sepak piala dunia oleh salah satu pembekal telikomunikasi negara yang menunjukan semangat nasionalis bekas pemain seperti Dato. Soh Chin Aun, dan J. Wong pada tahun-tahun 70an dan awal 80an. Rasanya semangat nasionalis melebihi segala-galanya sehingga pasukan kita mampu menewaskan Korea malah menjadi salah satu pasukan digeruni di Asia. Inilah resepi yang perlu kita cari dari bekas pemain ini yang rata-rata mereka adalah wira negara yang tidak mengharapkan imbuhan.
Mungkin kita boleh mendapatkan maklumat dari bekas pemain ini tentang sistem dan strategi latihan untuk digabungkan dengan kemajuan teknologi sukan hari ini. Itupun sementara mereka ini masih bersama kita di alam nyata. Rasanya ganerasi kita kurang menggunakan bekas-bekas pemain ini untuk mencari rahsia kejayaan kita.
Berdasarkan inilah maka pembangunan sukan negara boleh bergerak dengan berlandaskan 1 murid 1 sukan.