Selasa, 29 Jun 2010

Pratonton 2nd Asean Schools Games ( Sukan Sekolah-Sekolah Asian ke 2)



Putrajaya 29. Jun – Satu program Pratonton Perasmian 2nd ASG telah berlangsung di Sekolah Menengah Sultan Alam Shah, Putrajaya dengan disaksikan oleh Y.Bhg. Dato’ Asariah bt. Mior Shaharuddin, TKPPM. Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola 2nd ASG 2010. Program yang berlangsung bermula dari jam 9.00 am telah juga dihadiri bersama oleh Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Secara keseluruhan pratonton ini adalah untuk mengukur keupayaan dan kemampuan Majlis Perasmian yang akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 12 Julai 2010. Wakil BPG juga turut hadir untuk mendapatkan berita bagi penerbitan Buletin 2nd ASG yang bakal diterbitkan pada 5 Julai 2010 semasa Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Malaysia. Jurugambar Unit Kejurulatihan Kokurikulum BPG sempat merakamkan detik-detik bersejarah tersebut.

Wartawan Unit Kejurulatihan BPG
J.Kuasa Buletin dan Dokumentasi.

Isnin, 14 Jun 2010

Pelancaran Logo 2nd Asean Schools Games



Putrajaya 14 Jun - bertempat di Bangunan Kementerian Pelajaran Malaysia, telah berlangsung satu Majlis Pelancaran Logo dan Mascot 2nd Asean Schools Games yang telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Temasya sukan yang dijangka akan bermula pada 11 hingga 22 Julai 2010 melibatkan beberapa jenis permainan dan dilangsungkan di sekitar Lembah Kelang.
Ini merupakan satu daripada banyak perkara yang kurang diambil perhatian oleh guru-guru kokurikulum di sekolah. Banyak perkara boleh dijadikan panduan dalam pengurusan melaksanakan sesuatu majlis. Program terbesarnya adalah Sukan itu sendiri tetapi dalam sukan itu ada banyak perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru-guru kokurikulum. Bermula dengan menerima tugas penganjuran, menulis kertas cadangan, menetapkan konsep, mesyuarat pemgurusan, pelancaran, perasmian sehinggalah kepenutupan dan mesyuarat postmotem. Semuanya perlu diambil kira dan setiap ahli jawatankuasa berperanan menjayakan sesuatu majlis.
Ilmu pengurusan kokurikulum jarang diambil berat oleh guru-guru ketika di maktab perguruan dan universiti. Kelemahan ini hingga terbawa ke sekolah. Ini akan menimbulkan masalah apa bila guru-guru dilantik menjadi jawatan kuasa induk yang memainkan peranan menguruskan dasar. Lebih parah bila guru-guru dilantik menjadi jawatankuasa pelaksana. Akhirnya yang akan bekerja adalah guru-guru senior yang hampir pencin yang sepatutnya menjadi penasihat kepada yang baru.
Aspek kedua, sukan juga memerlukan penyertaan. Bagi kalangan peserta dan jurulatih sering mengutarakan penyertaan merupakan pendedahan atau menimba pengalaman. Rasanya ini bukan masa untuk kenyataan menimba pengalaman atau pendedahan. Dalam sukan sepatutnya istilah itu tidak wujud. Dalan sukan ianya ibarat peperangan menggunakan istilah berjuang untuk menang atau berjuang untuk memenangkan orang lain. Seharusnyalaj para jurulatih dan peserta sudah bersedia 200% menghadapi peperangan ini dengan semua skil/kemahiran yang ada.

Sabtu, 12 Jun 2010

Mengajar anak berjalan betul


Petang tadi berlaku satu perjumpaan khas dalan satu perkhemahan untuk aktiviti kokurikulum. Perjumpaan ini sangat-sangat perlu dan dihostkan oleh seorang ketua jurulatih yang sangat berkelayakan kerana yang akan memberi latihan adalah Kem Komandan bergelar Dr PhD bertauliah. Semua peserta diwajibkan hadir dan yang tidak hadir adalah yang sememangnya sedang bertugas di luar atau meronda keselamatan. Mukadimah dari Dr.PhD Kem Komandan berkisar tentang pengalaman beliau "jauh perjalanan luas pandangan". Intipati latihan yang diberi adalah bagaimana hendak meningkatkan kualiti diri atau kualiti kerja. Sangat bagus latihan yang diberi, sangat peka Kem Komandan ini terhadap persekitarannya. Sangat hebatnya beliau sehingga beliau boleh membaca gerak tubuh peserta kursus. Hinggakan beliau boleh mengesan seorang peserta yang pada tanggapan beliau mempunyai minda yang meneroka jauh dan tidak memberi perhatian terhadap latihan yang diberi. Peserta berkenaan agak terkejut kerana sepanjang latihan yang disampaikan oleh Kem Komandan itu dia sangat memberi perhatian dan dicatat buah butir percakapannya. Malahan Kem Komandan itu juga sangat dihormati oleh peserta ini. Namun insiden ditegur keranan pada tanggapan Kem Komandan tadi membuatkan peserta ini berfikir bahawa Kem Komandan itu orang yang tidak berilmu membaca tubuh manusia dan respeknya merudum 50% terhadap Kem Konandan tersebut.
Kenapa hal ini berlaku? Dalam kokurikulum istilah perkongsian ilmu sering digunakan dan jurulatih memberikan kebebasan untuk pelatihnya meneroka jauh mencari ilmu dan penyelesaian. Kegagalan Kem Komandan tadi membaca bahasa tubuh menyebabkan beliau hilang 50% respek pesertanya. Sebagai Ketua/Jurulatih jangan bersikap sombong atau ego, sebaliknya selalu menilai diri sendiri mencari kekurangan diri sendiri. Mengapa peserta tadi tidak memandang beliau ketika bercakap/memberi taklimat? Ada banyak kemungkinan. Jangan menilai orang diluarnya sahaja. Amat malang Kem Komandan itu tadi, memang sangat malang kerana dia telah membunuh bakat seorang pemimpin.
Cabaran-cabaran yang dilontarkan bukan memberi motivasi sebaliknya menidakkan keupayaan peserta melaksanakan ujian dan tugasan yang diberi.
Sebab itu dalam konteks kokurikulum jurulatih mempunyai etika bukan egoistik.
Kesimpulannya sebagai seorang jurulatih atau Kem Komandan sesaorang itu perlu mempunyai sifat kepimpinan dan mampu menunjukkan tauladan yang baik bukan menunjukan ego pencapaian diri.

Khamis, 3 Jun 2010

Motivasi meningkatkan prestasi


Pemimpin yang baik samaada dilahirkan atau dibentuk bukan menjadi sadaran yang paling utama seorang pemimpin boleh dipercayai dan sentiasa berpegang pada pinsip.

Bola, bola, bola dan semangat petriotik


Salah satu kegiatan kokurikulum yang sering digerakkan di sekolah adalah kelab permainan bola sepak. Mungkin berlaku salah faham antara guru-guru tentang Kegiatan Kokurikulum Bola Sepak dan Kelab Bola Sepak. Sebenarnya ramai diantara kita tidak begitu arif tentang komponen kokurikulum yang ada di sekolah. Aktiviti yang disertai oleh sekolah dalam MSSM dianggap bukan aktiviti kokurikulum tetapi sebahagian dari kokurikulum kerana ianya melibatkan murid-murid atau pelajar yang mempunyai skil yang tinggi dalam sesuatu permainan, sementara Kelab Bola Sepak berperanan memberi peluang yang sama rata kepada semua murid / pelajar di sekolah berkenaan tanpa mengira keupayaan atau kemahiran ahlinya.
Perlu diingat tujuan dan matlamat kokurikulum adalah untuk memberi peluang kepada semua murid/pelajar mengembangkan bakat dan potensi diri. Penglibatan dalam Sukan Bola Sepak bagi mewakili sekolah bukan 100% takrifan untuk kokurikulum kerana hanya sebahagian kecil murid/pelajar yang terlibat.
Yang hendak diperkatakan di sini bukan penglibatan tetapi semangat yang ditunjukan oleh peserta dalam permainan tersebut dan bagaimana semangat itu boleh dibawa hingga ke dewasa. Penulis tertarik dengan iklan bola sepak piala dunia oleh salah satu pembekal telikomunikasi negara yang menunjukan semangat nasionalis bekas pemain seperti Dato. Soh Chin Aun, dan J. Wong pada tahun-tahun 70an dan awal 80an. Rasanya semangat nasionalis melebihi segala-galanya sehingga pasukan kita mampu menewaskan Korea malah menjadi salah satu pasukan digeruni di Asia. Inilah resepi yang perlu kita cari dari bekas pemain ini yang rata-rata mereka adalah wira negara yang tidak mengharapkan imbuhan.
Mungkin kita boleh mendapatkan maklumat dari bekas pemain ini tentang sistem dan strategi latihan untuk digabungkan dengan kemajuan teknologi sukan hari ini. Itupun sementara mereka ini masih bersama kita di alam nyata. Rasanya ganerasi kita kurang menggunakan bekas-bekas pemain ini untuk mencari rahsia kejayaan kita.
Berdasarkan inilah maka pembangunan sukan negara boleh bergerak dengan berlandaskan 1 murid 1 sukan.

Selasa, 1 Jun 2010

Kegiatan Lasak


Merancang kegiatan luar untuk aktiviti kokurikulum ada antaranya memerlukan kemahiran tinggi. Keupayaan guru pengiring atau penasihat perlu diimbangi dengan keupayaan melaksanakan aktiviti beresiko. Guru perlu merancang dengan teliti. Penglibatan pihak luar boleh digunakan sebaik mungkin tetapi guru perlu ada bersama. Faktor-faktor keselamatan perlu diambil berat khususnya aktiviti air dan kerja tali tinggi. Dapatkan bantuan pihak pakar jika memerlukan aktiviti ini.
Guru perlu diingatkan bahawa surat kebenaran ibu bapa bukan merupakan jaminan yang ibu bapa tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kecuaian atau kemalangan yang berlaku. Mungkin lebih baik jika libatkan sekali PIBG dalam aktiviti-aktiviti beresiko. Ini untuk membolehkan ibu bapa mengetahu langkah-langkah keselamatan yang telah diambil oleh guru-guru.