Isnin, 31 Mei 2010

MEMBUDAYAKAN KOKURIKULUM DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH – PERANAN SIAPA?


Kokurikulum merupakan suatu kegiatan atau aktiviti yang memberi peluang secara menyeluruh kepada setiap murid sekolah. Bagaimana? Peluang untuk menunjukan bakat atau memantapkan bakat kepimpinan, sukan dan lain-lain tidak dapat dipupuk melalui kurikulum formal semata-mata tetapi perlu diperkukuhkan melalui aktiviti-aktiviti di luar kelas sama ada waktu petang atau hujung minggu.
Kanak-kanak dan remaja secara umumnya mempunyai tenaga yang berlebihan, oleh itu menjadi tanggungjawab guru atau ibu bapa melihat dan membantu kanak-kanak dan remaja menggunakan tenaga ini ke arah kegiatan yang lebih memberi manafaat dan berfaedah. Aktiviti Kokurikulum dapat membantu membentuk ketrampilan dan disiplin kanak-kanak melalui aktiviti yang diikuti seperti perkhemahan, pertandingan dan lawatan.
Banyak keuntungan dan kelebihan kanak-kanak atau remaja terlibat secara aktif dalam Kokurikulum walaupun bukan untuk ke universiti tetapi ianya boleh membantu dalam membentuk potensi diri. Ibu bapa hari ini lebih menekankan pencapaian akademik semata-mata berbanding keupayaan kemahiran dan keseronokan anak-anak melalui zamannya. Itu tuntutan sebenar hari ini atau kata lain jika tiada akademik anak-anak tidak akan berpeluang mendapat kerja yang baik. Sangat jelas di minda masyarakat kita zaman ini, kerja “makan gaji” merupakan pilihan utama. Kita jarang memikirkan tentang kemahiran kelangsungan hidup. Oleh itu ditegaskan kelab reka cipta, kelab pertukangan atau apa sahaja kelab yang boleh memberi kelebihan untuk kanak-kanak atau remaja pelajar yang tidak mempunyai peningkatan akademik berpeluang belajar kemahiran untuk masa hadapan.
Guru-guru pula perlu sedar dan mengambil peluang memperkemaskan diri dengan ilmu kokurikulum untuk memimpin kanak-kanak atau remaja melaksanakan aktiviti secara berkesan dan berilmu. Guru-guru tidak seharusnya hanya tahu kokurikulum itu hanya terdiri 3 komponen sahaja iaitu unit beruniform, sukan/permainan dan kelab/persatuan. Pemahaman sebagai guru terhadap kokurikulum sepatutnya adalah menyeluruh. Setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan perlu memberi kesan dan manafaat kepada setiap peserta. Ini kerana antara tugas guru itu sebagai pemangkin kemajuan anak didiknya. Sebagai guru sepatutnya tidak kekok dalam melaksanakan tugas-tugas kokurikulum yang dianggap sebagai sampingan. Guru perlu bekerja dengan ikhlas untuk mendapatkan keseronokan di persekitaran kerja. Walaupun kita sedar upah dan imbuhan itu perlu bagi tuntutan hari ini. Dengan itu tidak timbul desakan guru terbeban dengan tugas dan sebagainya sekiranya kita dapat menanamkan nilai keikhlasan dalam diri.
Akhirnya kita semua perlu melihat peranan kita dalam memajukan kokurikulum di sekolah, institusi perguruan dan intitusi pengajian tinggi. Ibu, bapa, masyarakat dan guru-guru malahan pelajar sendiri janganlah asyik menuding jari pada orang lain sedangkan kekurangan diri kita jarang kita lihat dan nilai. Kita semua bertanggungjawab dalam membena Negara Bangsa untuk di hormati di mata dunia. Tanyalah peranan kita untuk pembangunan generasi masa hadapan. Jesteru jika kita mampu membudayakan kokurikulum di institusi pendidikan, sedikit sebanyak membantu menangani masalah sosial hari ini.

Isnin, 24 Mei 2010

LESEN PERGURUAN - di mana keperluannya.

Beberapa hari ini media massa agak sibuk membincangkan cadangan untuk mewujudkan lesen perguruan dalam kalangan guru-guru. Ramai yang menyokong disebalik ramai yang membantah pun begitu ramai juga yang tidak ambil pusing perkara ini. Menteri Pelajaran sendiri maklumkan perkara ini tidak akan dilaksanakan.

Berbagai pihak telah memberikan pandangan, ada yang pro dan ada yang kontra terhadap isu perlesenan ini, apakah tujuannya, kesannya terhadap guru-guru dan sebagainya. Adakah perlu perlesenan itu diperkenalkan memandangkan setiap guru telah dilatih di maktab, institut dan university. Apakah mereka ini masih tidak layak digelar guru sedangkan mereka telah memiliki sijil, ijazah dan master malahan ada yang telah bergelar doktor falsafah (PhD). Yang nyata jika perlesenan ini hendak diperkenalkan adakah meliputi keseluruhan institusi pendidikan termasuk pensyarah-pensyarah university. Idea siapa yang mencetuskan perlesenan guru ini tidak pula dipastikan dan bagaimana ianya boleh di ketengahkan.

Walau apapun kita perlu berfikiran terbuka dan sebagai rakyat para guru diingatkan ada mata lihat, ada telinga dengar, ada mulut gunakan pada benda tertentu.

Selasa, 18 Mei 2010

KADET REMAJA SEKOLAH



Seorang sahabat dari IPG Ipoh dan seorang guru TKRS dari Segamat telah meluahkan harapan terhadap Unit Beruniform di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Menarik juga untuk dibincangkan tentang KRS dan TKRS ini. Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 dan dua belas tahun kemudian Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah. Pada 27 Jun nanti genaplah usianya 23 tahun. Dah cukup matang dan telah melepasi usia remajanya. Namun begitu masih ramai guru-guru yang memandang sinis tentang kewujudannya. Ada yang mengatakan ianya ciplak dari Pergerakan Pengakap dan ada yang lebih berani mengatakan penggeraknya adalah orang-orang yang kecewa dalam Pergerakan Pengakap.
Matlamat penubuhan KRS dan TKRS adalah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020 dengan berteraskan Islam sebagai pegangan. Sebab itu motto KRS dan TKRS ”Ilmu, Iman dan Amal” kerana manusia lahir perlu berilmu untuk hidup dan menghadapi cabaran kehidupan, beriman ertinya ada pegangan hidup mengikut kepercayaan agama yang dianuti, mengajar yang baik dan menjauhi yang buruk kemudian perlu mengamalkan ajaran supaya sempurna.
Bersesuaian dengan teras kepercayaan berlandaskan Islam uniform unit ini berwarna hijau tetapi ianya tidak ada kaitan langsung dengan mana-mana politik, sebaliknya hijau melambangkan pucuk muda yang mudah dilentur. Selain itu pakaiannya agak kemas dan menarik cuma bagi peserta atau ahli wanita diberi kelonggaran dari segi pakaian dengan boleh melabuhkan hingga ke paras bawah ponggong dan bertudung serta dimasukkan kedalam baju dan bajunya agak longgar sedikit.Rasanya dengan sedikit catatan ini dapat membantu rakan-rakan yang bertanya. Terpulang kepada kita bagaimana menyesuaikan keadaan cara berpakaian mengikut situasi, contohnya di belukar takkan kina nak pakai kain sarong, yang pasti kita berseluar. Guru atau pemimpin hari ini perlu kreatif dan inovatif. Prinsip kita mudah unit beruniform KPM bukan nak jadikan murid tentera tetapi insan yang berdisiplin serta tahu berperaturan. Bagi rakan-rakan yang seronoh menyarung uniform KRS,Pengakapatau apa saja perlu diingat uniform sebagai lambang tanggungjawab dan tanda pangkat sebagai beban kebertanggungjawaban kita. Jadi fikir-fikirlah. Untuk tuan-tuan berdua KPM akan mengadakan Kursus Dalam Perkhidmatan untuk guru-guru KRS/TKRS bermula 2011 melalui Bahagian Pendidikan Guru dan JPN. Bersabarlah.

Jumaat, 7 Mei 2010

Untuk kita renungkan


Apa Tuhan itu ada?

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Paman Sam kembali ke tanah air.
Sesampainya dirumah ia meminta kepada orang tuanya
untuk mencari seorang Guru Agama atau siapapun yang bisa menjawab 3 pertanyaannya.


Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut yaitu seorang Pendeta.

Pemuda : Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanya an saya?
Pendeta : Saya hamba Tuhan dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda

Pemuda : Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar
saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pendeta : Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya

Pemuda: Saya punya 3 buah pertanyaan
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau setan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat
setan Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Pendeta tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Pendeta : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 buah
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti
Pendeta : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit
Pendeta : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya
Pendeta : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu !
Pemuda : Saya tidak bisa
Pendeta : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan keberadaan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Pendeta : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak
Pendeta : Apakah pernah terpikir oleh anda akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak
Pendeta : Itulah yang dinamakan Takdir

Pendeta : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : kulit
Pendeta : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : kulit
Pendeta : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : sakit
Pendeta : Walaupun setan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api. Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk setan.

H1N1


Dia kembali semula, walaupun tidak membimbangkan tetapi boleh mencemaskan kita semua. Apa yang penting adalah utamakan kesihatan dan lakukan pencegahan kerana ianya lebih baik dari merawat.
Bagi memperolehi kesihatan yang baik banyak perkara yang perlu kita kaji dan nilai khususnya terhadap pemakanan kita, persekitaran dan yang utama aktiviti fizikal.
Pemakanan yang macam mana, pengambilan makanan yang seimbang dan bertepatan dengan waktu adalah sangat penting dan memberikan kesan maksima kepada kesihatan. Bagi mereka yang kebimbangan diserang obesiti eloknya awaslah dengan kaedah pemakanan. Rujuklah banyak buku-buku kesihatan yang memuatkan tentang diet seimbang.
Lihat persekitaran kita dan .... kalau dah makan tu perlulah ada senaman. Tenaga yang diambil perlu digunakan semaksima yang boleh supaya unsur lipet (lemak) dari pemakanan yang mengandungi karbohaidrat dan protin dapat digunakan atau dibakar dengan sempurna.
Vitamin dan serat yang diambil bertujuan untuk mendidik sistem pertahanan badan mengenali unsur asing yang masuk dan memusnahkan mikrob merbahaya boleh merosakan sel pertahanan manusia.
Jadi tiga perkara utama iaitu pemakanan seimbang dan berjadual, persekitaran yang sihat dan aktiviti fizikal akan memberikan kita kelebihan untuk hidup lebih sihat.

Khamis, 6 Mei 2010


Salam,
mungkin terlalu banyak topik yang ingin aku ulas tetapi rasanya yang paling penting ialah tentang bagai mana semalam aku menerima SMS ringkas tetapi agak memeranjatkan. "Tuan, kami kena hukum ... en. " Memang aku terperanjat beruk sebabnya sms ini datangnya dari pegawai platon aku kat Miri nun.
Rupanya mereka ni kena denda sebab tak pakai uniform ... denda itu bukan masalah besar pada mereka dan aku bukan orang yang suka memihak pada sesiapa tetapi keadilan itu sangat penting ... Selalu aku katakan sebagai pegawai atau pemimpin kita perlu berlaku adil kepada pegawai bawahan ... ingat, mereka adalah kita sebenarnya. Mereka adalah sebahagian dari kita, hukumlah mereka jika mereka bersalah tetapi perlu berlaku adil pada semua. Mereka mungkin bersalah tetapi diri kita juga akan turut bersalah, mengata orang bersalah mudah tetapi mengakui kesalahan diri adalah sesuatu yang mulia.

Fikir-fikirlah