Tahniah kepada rakan-rakan dalam MPKLM-IPG (Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia) kerana telah diberi kepercayaan olah PPM untuk menjadi tuan rumah untuk JOTA dan JOTI Dunia ke 54. Ianya satu penghargaan yang sangat tinggi nilainya khususnya kepada ahli-ahli pengakap seluruh IPG. Apatah lagi untuk menguruskan program ini bukan sedikit pengorbanan masa dan tenaga diperlukan.
Program ini juga merupakan satu proses kepimpinan dan pengelolaan kepada pelajar IPG dalam menimba ilmu. Jangan dilepaskan peluang-peluang yang datang.
Sedikit Maklumat JOTA dan JOTI Dunia ke 54 :
Tempat : IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Tarikh : 14 hingga 17 Oktober 2011.
Selamat Berjambori - Kita jumpa di internet dan di udara.
Kokurikulum
Selasa, 11 Oktober 2011
Jumaat, 28 Januari 2011
FITNESS BOOT CAMP
Saya terbaca satu penulisan dari salah satu blog yang dipunyai oleh bekas pelajar saya dahulu berkenaan program latihan berunsurkan pendidikan luar. Terima kasih dan saya ambil untuk disebarluaskan. Semoga ilmu yang ada dapat dikongsi bersama.
Boot Camp. Pernah dengar?….. Apa itu Boot Camp?
A fitness boot camp is type of outdoor group exercise class that mixes traditional calisthenic and body weight exercises with interval training and strength training. While there are a variety of styles of fitness boot camps, most are designed in a way that pushes the participants harder than they'd push themselves and, in that way, resemble a military boot camp.
Yang jelasnya Boot Camp merupakan satu program percutian berkonsepkan Latihan Kecergasan Fizikal dengan menggunakan latihan-latihan kecergasan yang biasa dilakukan oleh individu lain digabungkan dengan persekitaran luar dan tidak terkongkong dengan situasi dalam gymnasium berhawa dingin. Boot Camp direka cipta untuk memberi peluang kepada individu yang berhasrat untuk kurus atau meningkatkan kecergasan sambil bercuti. Antara domain latihan yang buat dalam fitness boot camp ini ialah :
• Push ups
• Plyometric
• Interval training
• Squats
• Lunges
• Squat thrusts or burpees
• Speed training with sprints
• Core strength
• Team competitions
• Partner exercises
• Obstacle courses
• Cool down and stretching. The session will end with some gentle stretching and possibly some education and homework.
• Fitness retesting. At the end of fitness boot camp, you will typically repeat the original fitness assessment to determine your results.
Dalam usaha mempopularkan aktiviti Boot Camp ini langkah-langkah keselamatan perlulah diambil kira khususnya nasihat doctor tentang komponen-komponen latihan yang perlu diambil dan dielakkan. Perlu diingat juga, jurulatih yang mengendalikan perlulah orang yang mempunyai integrity, beretika dan bertauliah dalam melaksanakan program-program ini sebabnya ialah ianya melibatkan kesihatan dan keselamatan peserta.
Seingat saya program ini belum pernah diadakan di Malaysia lagi keculali beberapa program lasak yang dianjurkan oleh BTN, OBS dan lain-lain sebagai program jati diri. Oleh itu mana-mana individu atau bakal pengusaha yang berminat perlu mengambil kira kepentingan dan keselamatan peserta selain dari keuntungan semata-mata.
Isnin, 3 Januari 2011
Tahun Baru 2011
Lama betul tidak menjenguk blog ini. Nak kata sibuk tak juga cuma agak sedikit kebingungan. Dari bulan Oktober hingga Disember lalu macam-macam berita kedengaran di tempat kerja .. mana tak bingung.
Diucakpkan Selamat Tahun Masihi 2011.
Memasuki tahunn baru masihi bererti musim persekolahan bermula semula. Ini bererti aktiviti kokurikulum akan bermulalah juga. Bagi guru-guru perlu diingat tahun ini Dasar 1M1S (1Murid 1Sukan) bermula. Ini bermaksud murid-murid perlu diberikan peluang bersukan sekurang-kurangnya 1 jenis permainan. Maka guru-guru Penolong kanan Kokurikulum perlu memperbanyakkan ruang dan jenis sukan supaya murid-murid boleh menyertai mana-mana sukan dan permainan yang mampu mereka sertai.
Di samping itu GPK-Kokurikulum juga perlu menyediakan guru-guru yang boleh mengendalikan aktiviti sukan dan permainan dengan lebih berkesan. Latihan-latihan melalui badan-badan sukan kebangsaan atau latihan dalaman boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memantapkan pengendalian aktiviti sukan dan permainan. GPK-Kokurikulum perlu kreatif untuk membolehkan guru-guru melaksanakan tugas kokurikulum dengan berkesan.
Mungkin guru-guru di sekolah sibuk dengan urusan pengajaran dan pembelajaran tetapi ingatlah sebagai seorang guru, anda ada tugas kokurikulum. Ini bermaksud jika sekiranya anda tidak mampu untuk melatih bukan alasan untuk tidak terlibat dengan mana-mana kokurikulum sebaliknya guru-guru masih mampu menjadi pengurus yang baik. Dan antara tugas pengurus adalah mencari jurulatih yang sesuai dan bertauliah.
Bagaimana???
Pihak sekolah perlulah membuka ruang kepada masyarakat luar. Beri peluang kepada PIBG melaksanakan aktiviti kokurikulum bersama-sama guru. Ramai Ibu Bapa yang mempunyai kemahiran dalam kokurikulum tetapi tidak diberi peluang. Hari Sabtu boleh digunakan sebagai hari aktiviti kokurikulum. Betul hari Sabtu adalah hari cuti bagi semua penjawab awam tetapi bagi PIBG ini bukan hari cuti. PIBG adalah badan sukarela dan guru-guru sebahagian dari ahli sukarela. Sedikit kerja sukarela untuk sebulan sekali rasanya tidak menjadi masalah. Bukankah dalam LMPT ada dituliskan ruangan untuk kerja-kerja sukarela.
Bagi guru-guru lepasan MP/IPG rasanya mereka tiada masalah dengan 5K dalam kokurikulum, begitujuga bagi guru-guru lepasan Universiti. Oleh itu janganlah kerap memberi alasan beban tugas guru terlalu banyak, sebabnya inilah laluan kerjaya yang telah kita pilih walaupun ianya bukan pilihan pertama tetapi ianya tetap menjadi kerjaya kita. Seperti orang berumah tanggalah katakan... isteri atau suami anda bukan pilihan pertama. Betulkan. Orang pertama yang anda cintai mungkin menjadi milik orang lain. jadi adakah kita hendak mengabaikan komitmen dalam rumah tangga tadi. Fikir-fikirlah.

Isnin, 25 Oktober 2010
BPG - Dunia Baru berwajah baru
Mungkin ramai yang bertanya .... atau .... mungkin ramai yang tidak tahu, Istilah pendidikan guru mula digunakan secara rasmi pada tahun 1981 bagi menggantikan istilah latihan perguruan yang telah digunakan sebelumnya. Perubahan ini adalah berikutan penukaran nama Bahagian Latihan Guru (BLG) kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Seiringan dengan itu, berlaku pula perubahan dalam program pendidikan guru di peringkat maktab perguruan dengan tempoh berkursus telah dilanjutkan daripada dua tahun kepada tiga tahun (Laporan Jawatan Kuasa Kabinet, 1979: 61).
Peranan guru menjadi semakin mencabar berikutan perkembangan bidang pendidikan yang begitu pesat sekali. Pendidikan guru di Malaysia adalah satu tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendedahkan kaedah dan teknik pengajaran secara formal kepada setiap bakal guru, sama ada di maktab-maktab perguruan atau di pusat-pusat pengajian tinggi awam bagi menyesuaikan bakal guru dengan tugas apabila berada dalam bilik darjah nanti.
Seawal tahun 2010 BPG sekalilagi mengalami perubahan, IPG yang selama ini bernaung di bawah pengurusan BPG telah diberikan kuasa autonomi sepenuhnya untuk melaksanakan segala keputusan dan pengurusan. Tugas-tugas dan peranan BPG hari ini lebih menjurus kepada latihan secara berterusan serta kursus-kursus peningkatan profesionalisme dan peningkatan akademik guru-guru dalam perkhidmatan. Dengan kata lain kebajikan guru-guru dalam perkhidmatan adalah di bawah tanggungjawab dan pemantauan berterusan di semua aspek termasuk peningkatan dan persijilan dalam bidang sukan dan kokurikulum.
Diharap penerangan ringkas ini dapat membantu.
Isnin, 16 Ogos 2010
Menangani Gejala Moral
Kebelakangan ini nampak benar gejala keruntuhan moral semakin menjadi-jadi. Bermula dengan vendalisme, rempit dan sekarang paling hanyir adalah gejala buang anak, buang ibu dan buang bapa. Apakah ini menunjukan bahawa kita semua semakin maju atau semakin mundur?
Dah ramai bersuara tentang masalah buang anak ni... walaupun kes buang anak sudah berlaku ratusan tahun dahulu cuma dahulu mungkin lebih berhemah sedikit berbanding hari ini. Dahulu anak diberikan kepada orang, ditinggalkan di depan pintu rumah atau dihanyutkan ke sungai dengan berbekalkan susu atau apa-apa sahaja yang boleh memberi peluang hidup pada nyawa tidak berdosa, tetapi hari ini bayi di "buang" merata tempat, dalam tandas, tempat buang sampah dan sebagainya ... manusiakah ini atau haiwan.
Kes-kes seperti ini ada kaitannya juga dengan pendidikan kokurikulum di sekolah. Satu kaedah yang dapat meningkatkan disiplin pelajar dan menghormati jantina lain adalah melalui penekatan tanggung jawab dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Sebab itu guru-guru yang baru mula mengajar dan yang sudah lama mengajar di sekolah perlu memahami konsep dan kehendak aktiviti kokurikulum. Pergaulan bebas seolah-olah wujud dalam melaksanakan kokurikulum di sekolah. Ianya mungkin benar tetapi sebagai seorang guru yang sedang mengendalikan apa sahaja kegiatan kokurikulum di dalam atau di luar kawasan sekolah seharusnya memahami dan menyedari keperluan menghormati jantina sesaorang berdasarkan keperluan positif. Guru perlu bertindak bijak dalam menangani pergaulan pelajarnya.
Program-program yang bersesuaian dan kawalan yang ketat patut diadakan dalam mendidik pelajar atau peserta sebelum, semasa dan selepas sesuatu program dijalankan. Guru-guru yang hendak melaksanakan aktiviti perlu memahami SOP terlebih dahulu dan membuat perancangan rapi.
Setiap teguran dan tindakan perlu ada resionalnya dan perlu dimaklumkan kepada peserta akan tujuan dan keperluan mengapa innya dilaksanakan. Pembelajaran reproduktif yang disarankan perlu difahami maksudnya dan ianya perlu lebih mencerminkan kesan negatif hasil dari perlakuan-perlakuan songsang. Mesej yang hendak disampaikan perlu menyeluruh, bagi guru-guru yang sedang dan akan memulakan perkhidmatan, adalah menjadi tanggungjawab semua dalam menangami gejala ini.
Guru-guru kokurikulum perlu mencarilah peluang meningkatkan profesionalisma kejurulatihan dalam kokurikulum. Latihan banyak dianjurkan oleh KPM atau JPN. Janganlah jadikan kursus dan latihan sebagai tempat untuk berehat dari tanggungjawab mengajar di sekolah. Bagi guru-guru yang terlibat dengan MLM fikir-fikirlah dengan pendapatan dari upah bulanan yang diperolehi dari segi hukum hasil kerja yang selalu ditinggalkan. Mungkin ini juga kesan dari pengabaian tugas.

Langgan:
Catatan (Atom)