Isnin, 3 Januari 2011

Tahun Baru 2011

Lama betul tidak menjenguk blog ini. Nak kata sibuk tak juga cuma agak sedikit kebingungan. Dari bulan Oktober hingga Disember lalu macam-macam berita kedengaran di tempat kerja .. mana tak bingung.
Diucakpkan Selamat Tahun Masihi 2011.
Memasuki tahunn baru masihi bererti musim persekolahan bermula semula. Ini bererti aktiviti kokurikulum akan bermulalah juga. Bagi guru-guru perlu diingat tahun ini Dasar 1M1S (1Murid 1Sukan) bermula. Ini bermaksud murid-murid perlu diberikan peluang bersukan sekurang-kurangnya 1 jenis permainan. Maka guru-guru Penolong kanan Kokurikulum perlu memperbanyakkan ruang dan jenis sukan supaya murid-murid boleh menyertai mana-mana sukan dan permainan yang mampu mereka sertai.
Di samping itu GPK-Kokurikulum juga perlu menyediakan guru-guru yang boleh mengendalikan aktiviti sukan dan permainan dengan lebih berkesan. Latihan-latihan melalui badan-badan sukan kebangsaan atau latihan dalaman boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memantapkan pengendalian aktiviti sukan dan permainan. GPK-Kokurikulum perlu kreatif untuk membolehkan guru-guru melaksanakan tugas kokurikulum dengan berkesan.
Mungkin guru-guru di sekolah sibuk dengan urusan pengajaran dan pembelajaran tetapi ingatlah sebagai seorang guru, anda ada tugas kokurikulum. Ini bermaksud jika sekiranya anda tidak mampu untuk melatih bukan alasan untuk tidak terlibat dengan mana-mana kokurikulum sebaliknya guru-guru masih mampu menjadi pengurus yang baik. Dan antara tugas pengurus adalah mencari jurulatih yang sesuai dan bertauliah.
Bagaimana???
Pihak sekolah perlulah membuka ruang kepada masyarakat luar. Beri peluang kepada PIBG melaksanakan aktiviti kokurikulum bersama-sama guru. Ramai Ibu Bapa yang mempunyai kemahiran dalam kokurikulum tetapi tidak diberi peluang. Hari Sabtu boleh digunakan sebagai hari aktiviti kokurikulum. Betul hari Sabtu adalah hari cuti bagi semua penjawab awam tetapi bagi PIBG ini bukan hari cuti. PIBG adalah badan sukarela dan guru-guru sebahagian dari ahli sukarela. Sedikit kerja sukarela untuk sebulan sekali rasanya tidak menjadi masalah. Bukankah dalam LMPT ada dituliskan ruangan untuk kerja-kerja sukarela.
Bagi guru-guru lepasan MP/IPG rasanya mereka tiada masalah dengan 5K dalam kokurikulum, begitujuga bagi guru-guru lepasan Universiti. Oleh itu janganlah kerap memberi alasan beban tugas guru terlalu banyak, sebabnya inilah laluan kerjaya yang telah kita pilih walaupun ianya bukan pilihan pertama tetapi ianya tetap menjadi kerjaya kita. Seperti orang berumah tanggalah katakan... isteri atau suami anda bukan pilihan pertama. Betulkan. Orang pertama yang anda cintai mungkin menjadi milik orang lain. jadi adakah kita hendak mengabaikan komitmen dalam rumah tangga tadi. Fikir-fikirlah.