Rabu, 27 Mei 2009

SALAM PERKENALAN

Aku baru saja nak berjinak-jinak dalam dunia penulisan, walaupun sebenarnya dahulu aku pernah menulis tapi ketika itu bukan guna komputer cuma menggunakan sebatang pen. Maklumlah masa itu komputer ini hanya digunakan oleh orang berada sahaja. Nak pegang komputer pun takut rosak. Lainlah hari ini, anak kecil pun minta mainan komputer.
Aku bukan nak cerita pasal komputer cuma membebel sedikit. Sebenarnya aku pun baru nak cuba menulis dalam blog, bukan apa cuma kekadangtu ada perkara-perkara yang tersimpan dalam sanubari terlalu susah nak dikeluarkan. Nak kongsi dengan siapa perkara-perkara ini? Jadi dengan menulis dapatlah lepaskan marah, geram, kecewa dan sebagainya.
Harapan aku tulisan-tulisan aku nanti tidak menyinggung sesiapa. Aku cuma nak bercerita tentang diri aku dan kekadang nasihat untuk mereka yang pernah mengenali diri aku.