Khamis, 28 Mei 2009

Memori

Ini pasal anak didik aku yang aku tinggalkan nun jauh di Borneo khususnya Platun Alfa. Kalian The Best, lucu dan gila-gila. Aku nak panggil apa aku tak tau.

Tujuh tahun aku kat Borneo dah ramai anak didik aku, kepuasan ..... entahlah kekadang aku rasa macam seronok pulak semasa di Borneo dan gambar-gambar yang dipostingkan dalam blog bebudak ni mengimbau kembali kenangan aku di sepanjang jalan kenangan itu.

Mungkinkah mereka masih mengingati aku.

Tapi..... ala........ biasalah setiap yang bermula pasti berakhir, setiap yang merantau pasti akan kembali ke asal, itu lumrah alam.

Sedih ketika meninggalkan Borneo...?
Taklah ketika itu, tapi hari ini aku seperti kehilangan skill. Hilang rakan bermain Tennis dan Outdoor.