Isnin, 8 Jun 2009

Orang kita kaya

Salam,
Dah beberapa hari aku tak dapat menulis dlam blog ini. Aku outing jauh dengan bos2 aku semua. Main golf dengan dia orang, bukanlah aku pandai tapi saja nak tau macam mana penangan golf.

Semalam aku saja memandu keluar kawasan sekejap dari Seremban ke Nilai cadangnya nak ke KL. Tapi jalan jam, sesak dengan kenderaan berbagai rupa dan warna serta fesyen. Selepas 7 tahun kat Borneo aku jadi fobia memandu dalam kesesakan. Di daerah tempat aku merantau dulu sentiasa aman. Aku boleh memandu dengan aman, isteri aku pun senang memandu tak perlu tergesa-gesa.

Yang aku nak katakan ialah, rupanya negara aku ini penduduknya cukup kaya. Orang kata kenderaan sekarang suatu keperluan. Itu betul tapi nak beli kenderaan perlu duit, tak ada duit macam mana nak beli. Hutang?..... Boleh tapi nak bayar hutang pakai duit juga. Dah tu duit juga kan. Ha... segala-galanya duit.

Tapi aku hairanlah sikap pemandu kita semua nak cepat. Betullah orang cakap masyarakat Malaysia ni tak kira apa keturunan bila memandu terus bertukar karektor. Yang lemah lembut pun boleh jadi ganas macam pemandu relly. Hilang kesopanan memotong kiri dan kanan malah ikut lorong kecemasan. Tu kan merbahaya.

Jadi rakan-rakan pemandu ingat-ingatlah orang lain sama ketika memandu tu. Kita semua kan kaya, bukan saja banyak duit tetapi yang penting bersopan di jalan raya. Jadi kita kaya dengan kesopanan.
Adios...