Jumaat, 26 Jun 2009

Ragut

Salam,

Kebelakangan ini sering kita mendengar berita dan terbaca dalam surat khabar menyatakan kejadian ragut. Sadisnya kejadian-kejadian seperti ini berlaku melibatkan kaum wanita.

Kerajaan dan anggota keselamatan berusaha sedaya upaya menangani masalah ini sebaik mungkin. Malangnya semakin banyak usaha untuk mengatasi masaalah ini dilakukan semakin banyak pula kejadian ragut berlaku.

Apa sebenarnya punca kepada permasalahan ini.

Kalau dilihat pada mereka yang terlibat meliputi berbagai lapisan dan peringkat umur, dari remaja hingga ke peringkat dewasa atau orang tua. Adakah masaalah kurangnya peluang pekerjaan menjadi masalah utama berlakunya kejadian ini. Atau ianya sudah menjadi satu profesion seperti zaman jahiliah dahulu.

Hai entahlah manusia sejak dari zaman dahulu hingga kini suka sangat hidup senang diatas kesusahan orang lain.

Bagi isteri dan anak-anak yang aku sayangi dan semua manusia sejagat khasnya di Negara Malaysia ini marilah kita gembeling tenaga bersama-sama menangani masaalah ini. Ambillah langkah berhati-hati. Kaum wanita rasanya tak perlulah lagi membawa bag tangan. Ubah gaya penampilan.

Akhirnya, semua ini datangnya dari Allah untuk menguji keimanan kita sebagai hambaNya.

Adios.

Sabtu, 20 Jun 2009

Guru

Salam,

Beberapa hari lalu aku sempat bertugas di Persidangan Menteri-menteri Pendidikan Komenwel. 5 forum yang ada kaitan dengan pelajaran berjalan serentak, Forum Belia, Universiti dan lain-lain. Salah satu forum yang menjadi hangat adalah di forum kawan-kawan seperjuangan. Sambil-sambil bertugas tu aku sempatlah mendengar masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan seluruh dunia.

Rupanya masalah rakan-rakan diseluruh dunia sama sahaja. Dan yang paling memberi kesan ialah kerjaya kita ni satu profesion yang profesional atau tidak, sebab ramai kata profesional dan ramai yang menyanggahnya.

Alasan menyatakan ianya profesional ialah sistem yang rakan seperjuangan lalui perlu ada latihan yang bagus, badan berpersatuan dan lain. Tapi yang nyata kalau doktor mesti ada kebenaran atau peperiksaan dan ada permit kebenaran amalan kedoktoran, peguam perlu ada permit amalan guaman, akaunten perlu ambil peperiksaan amalan akaunten tapi kerjaya rakan-rakan seperjuangan macam mana.... ha, lu pikirlah sendiri. Dulu sebelum 1995 ada buku biru dan permit tetapi selepas 1996 benda itu semua dimansuhkan.

Jadi adakah kita ini profesional atau non profesional.

Adios!

Sabtu, 13 Jun 2009

Bumi kita tanggungjawab kita.

Salam,
Dua tiga hari ni keadaan udara nampak tidak sihat sangat. Jerebu semakin menebal. Risau juga hati ini. Masa aku kat Borneo dulu jarang sangat jumpa jerebu kecuali bulan Mac itu pun sebab pembakaran terbuka penduduk nak bercucuk tanam.

Kat sini lain sangat boleh kata selalulah berlaku jerebu. Aku masih ingat tahun 1997, kira-kira 11 tahun lalu jerebu selama hampir dua bulan di negara kita ditambah lagi dengan kemarau panjang. Lembah Kelang masa tu kena catu air. Terseksa betul.

Dan sejak itu setiap tahun jerebu berlaku kekadangtu disebabkan pembakaran terbuka di negara jiran dan entah apa-apa lagi.

Nampak sangat bumi ini semakin tenat dan sebenarnya kitalah yang membuatkan rumah kita ini semakin tenat. Jadi apa tunggu lagi, tanggungjawab kita menjaga pusakan dan amanah yang diberikan kepada kita ini sebaik mungkin supaya kita dapat serahkan kepada anak-anak kita dengan baik dan selamat.

Jangan sampai terlambat baru nak menyesal.

Adios.

Keluarga

Maaflah kawan aku agak sedikit lewat dalam membuat catatan untuk ingatan aku sendiri. Bukan malas cuma masalah internet aku. Aku ni orang miskin, tak berduit jadi nak pakai broadband tu payah sikit, jadi susahlah nak buat posting. Lagi pun aku kerap keluar stesyen ha... payahlah.

Dua tiga hari lepas permaisuri hati aku balik bersama puteri2 dan putera aku. Seronok berkumpul semula. Tapi .... aku ni jenis angin sikit, cepat marah. kesian mereka.

Walau apapun aku nak bagi nasihat sikit. Kasih sayang tidak dapat dipamirkan dengan kata-kata maupun perbuatan apatah lagi dengan wang ringgit atau harta. Semuanya Allah saja yang tau. Malah isteri yang menjadi teman kita sekian lama pun mungkin tidak perasan dengan kasih sayang yang kita tumpahkan. Hanya pengorbanan? Pada aku jangan kata semua yang kita buat sebagai bukti kasih sayang, mana tau itu hanya pura-pura.

Buktinya, ada orang kata sayang, cinta dan entah apa-apa lagi. Wang dan harta melimpah ruah tetapi bernikah dua tiga. Jadi apa-apa pun semua itu terpulang kepada pentafsiran masing-masing. Pada aku, Allah saja yang menentukan.

Adios.

Selasa, 9 Jun 2009

Sukan dan siapa kita.

Aku baru balik dari dari bermesyuarat dengan orang besar-besar berkaitan sukan dan kokurikulum. Apa kokurikulum tu?

Banyak aspek yang dibincangkan antaranya :
1. Tentang negara bangsa
2. Mengatasi masalah disiplin remaja
3. Kerjaya dalam sukan - Sukan yang dijadikan sebagai suatu perniagaan.

Apa-apa pun ramai yang masih tidak faham antara sukan prestasi tinggi dan sukan massa. Jadi jangan peningkan kepala, cuma yang perlu kita ingat bagaimana sukan boleh menyatupadukan kita semua. Kalau orang Rom zaman dahulu berhenti berperang untuk beberapa bulan hanya kerana untuk bersukan dan menunjukan setiakawan kenapa hari ini kita semua tidak mengambil roh sukan sebagai asas penyatuan negara bangsa kita yang berbagai kaum dan keturunan.

Aku sebenarnya sangat terasa bila kita sibuk bercakaran dalam mencari kuasa. Hari ini kita kena sedar kita sepatutnya tidak ada lagi istilah aku bangsa melayu, cina, iban atau seangkatan tetapi kita kena ingat kita adalah bangsa Malaysia.

AKU BANGGA MENJADI BANGSA MALAYSIA DAN DILAHIRKAN DI MALAYSIA.

Adios.

Isnin, 8 Jun 2009

Orang kita kaya

Salam,
Dah beberapa hari aku tak dapat menulis dlam blog ini. Aku outing jauh dengan bos2 aku semua. Main golf dengan dia orang, bukanlah aku pandai tapi saja nak tau macam mana penangan golf.

Semalam aku saja memandu keluar kawasan sekejap dari Seremban ke Nilai cadangnya nak ke KL. Tapi jalan jam, sesak dengan kenderaan berbagai rupa dan warna serta fesyen. Selepas 7 tahun kat Borneo aku jadi fobia memandu dalam kesesakan. Di daerah tempat aku merantau dulu sentiasa aman. Aku boleh memandu dengan aman, isteri aku pun senang memandu tak perlu tergesa-gesa.

Yang aku nak katakan ialah, rupanya negara aku ini penduduknya cukup kaya. Orang kata kenderaan sekarang suatu keperluan. Itu betul tapi nak beli kenderaan perlu duit, tak ada duit macam mana nak beli. Hutang?..... Boleh tapi nak bayar hutang pakai duit juga. Dah tu duit juga kan. Ha... segala-galanya duit.

Tapi aku hairanlah sikap pemandu kita semua nak cepat. Betullah orang cakap masyarakat Malaysia ni tak kira apa keturunan bila memandu terus bertukar karektor. Yang lemah lembut pun boleh jadi ganas macam pemandu relly. Hilang kesopanan memotong kiri dan kanan malah ikut lorong kecemasan. Tu kan merbahaya.

Jadi rakan-rakan pemandu ingat-ingatlah orang lain sama ketika memandu tu. Kita semua kan kaya, bukan saja banyak duit tetapi yang penting bersopan di jalan raya. Jadi kita kaya dengan kesopanan.
Adios...

Isnin, 1 Jun 2009

Jalankan Tugas

Hari dulu 28 dan 29 Mei 2009, aku ke Kuala Kangsar ada task yang boss suruh aku laksanakan. Aku terima arahan jam 1500 apalah jam 2 kali). Selesai tugas di office terus bergegas ke K. Kangsar jemput member. Lebih kuranglah, jam 1800 baru keluar KL.

Yang nak jadi cerita selepas 7 tahun aku tinggalkan Malaya akhirnya aku tersesat hingga ke Plaza Tol Cangkat Jering. Yang aku angin tu aku sesat lagi kat Kuala Kangsar sebab nak cari hotel tempat tugasan. Aku berpusing-pusing cari tak jumpa. Lagi sakit hati langsung tak ada penunjuk arah.

Pulak tu bila tanya penduduk setempat mereka tunjuk macam-macam arah. Tak taulah adakah ini sikap masyarakat kita....

30 dan 31 Mei 2009, aku sibuk kat rumah, mengecat pondok aku bagi berseri, maklumlah permaisuri aku nak datang dari Bumi Kenyalang bersama Puteri dan Putera aku. Dah dua minggu tak jumpa mereka. Kalau semua berjalan seperti dirancang 8 Jun 2009 semua akan berkumpul semula.

Apa-apa pun, aku ucapkan Selamat Ari Gawai Gayu Guru Gerai Nyamai kepada rakan-rakan dan anak didik di Bumi Kenyalang.

Adios......