Lama aku tak jenguk blog aku ni bukan apa2 cuma tiga minggu ini aku sangat sibuk sampai kekadangtu tempat aku lawati tiada kemudahan internet atau gelombang broadband.
Dari beberapa bulan lalu kita dengar tentang H1N1 ni. Ngeri betul aku. Ni kalau nama glemernya Selsema Babi - rupanya haiwan ini pun kena selsema juga. Aku dah sentuh hal ini beberapa minggu dulu. Dulu sibuk selsema burung habis semua burung dan kaum kerabatnya kita tamatkan riwayat konon nak hapuskan wabak.
Yang hairannya kalau hari ini 23 ke 32 mangsa dah dipanggil "balik" kita masih buat don't no je apa kes! Aku nak tanya apa kah langkah terbaik atasi masalah ini. Masih ingat JE, dulu kita bolehpun lenyapkan haiwan ini, ikut pula beburung. Eloknya haiwan ini juga dihadkan ternakannya untuk beberapa ratus sahaja jangan sampai ribu-ribu.
Memanglah penyakit kehendak Allah tapi kita sebagai hambaNya berusaha untuk atasinya. Rasanyalah Allah bukan nak menguji lagi tetapi nak bagi tau kita penduduk bumi dah sangat lali dan leka. Aku bukan nak mengata tetapi sekadar mengingatkan diri aku sendiri.
Kita leka dengan kemewahan sampai lupa nak bersyukur pada Allah, balik-balik berterima kasih sesama manusia tapi dengan Allah yang memberi kita semuanya tak sekelumit pun ucapan syukur. Maka diujinya kita. Ha, amacam? Berani. Masih tak insaf.
Renung-renunglah.