Rabu, 15 Julai 2009

salam,

lama aku tak update dlm blog aku ni. saja tak ada cerita.
baru sekejap tadi aku jumpa kawan lama dan bekas pelajar aku masa dolu2
banyaklah yang dibualkan tentang tempat kerja aku

aku respon sedikit.... bila sentuh bab apc..... apa tu anugrah perkhidmatan cemerlang yang aku tak caya tu. maksudnya makin lama aku makin tak percaya pada sistem itu. sebab ada seorang hamba Allah ni yang dapat tapi pada aku dia memang tak layak langsung ... hai entahlah itu l;ah dunia.


adios.

Selasa, 7 Julai 2009

Kesihatan kita terjaminkah?

Beberapa tahun dahulu kita terkejut dengan banyaknya beburung yang selsema H5N1 tapi dua tiga bulan ni kita lagi ngeri bila fikirkan H1N1 atau lebih glamor dengan selsema babi. Selsema Babi??? - eeeee..... najis satu badan tu, nak samak susah.

Akal ceteklah pulak... ini hanya nama penyakit. Tapi apa pun implikasinya ialah tentang kesihatan kita. Dula pun dah diberitahu dan dah dilarang tapi ialah manusia namanya .... lagi dilarang yang itulah yang suka dibuat. Tak caya buatlah larangan JANGAN MEREMPIT, gerenti tempat yang dilarang itu;lah kawasan yang paling popular merempat.

Macam mana nak jaga supaya negara kita tidak dijangkiti. Eloknya hapuskan semua bapak H1N1 di Melaka, Selangor dan lain-lain tempat, tingkatkan mutu kesihatan dan rawatan serta elakkan dari melawat negara-negara berisiko.

Ha amacam sanggup????

Rabu, 1 Julai 2009

Biasiswa

dua, tiga hari ni aku ada sedikit rasa kecewa. Bukan sedikit ..... sebenarnya banyak. sebabnya aku tak dapat apa yang aku hajatkan.

aku mohon biasiswa untuk PhD aku tapi nampaknya tak berjaya juga. aku bukan orang kaya sebab itulah aku mohon biasiswa. Dulu masa buat ijazah buat pinjaman, buat master pun aku buat pinjaman, sampai nak buat PhD pun takkanlah aku kena buat pinjaman juga macam tak adil pulak.

ni... anak aku ke UiTM tak taulah boleh dapat biasiswa atau tidak. kekadang tu aku rasa seperti pendatang di negara sendiri. Masa anak aku belajar dulupun aku kena keluar belanja sendiri. Kau orang pikirlah sendiri patut ke......

setakat ini seluruh keluarga aku sedang belajar, aku bukan tak mau usaha dapatkan duit untuk belajar tapi kalau semuanya aku sendiri tanggung miskinlah aku. orang lain boleh dapat biasiswa sampai dua tiga kali, anak boleh dapat biasiswa - --- aku rasa cemburu juga.

entahlah mungkin dah nasib aku kot....